Tentang Kami

Destinasi D' Persada Travel & Tours telah ditubuhkan di Sungai Petani, Kedah pada tahun 2009 oleh pengasasnya Encik Rosli sendiri iaitu pemilik Persada Berhad. Kerana minat yang mendalam terhadap bidang pelancongan, Destinasi D' Persada Travel & Tours telah diambil alih oleh anak perempuan Encik Rosli, iaitu Cik Yasmin Binti Rosli. Destinasi D' Persada Travel & Tours telah sah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran AS 0319748-W

Cik Yasmin Bin Rosli menjadikan bapanya sebagai contoh untuk memajukan perniagaan pelancongan dan pengangkutan. Beliau memiliki  Degree Hotel & Tourism dari KDU College dan berjinak-jinak dalam perniagaan sambil dibimbing oleh bapa beliau sendiri sehingga beliau pandai mencari peluang perniagaan membabitkan industri pelancongan dan pengangkutan.

Untuk memantapkan lagi pasaran perniagaan, Cik Yasmin telah mengambil seorang rakan kongsi yang telah dikenali hampir 9 tahun untuk membantu dari segi pemasaran dan pengurusan iaitu Mr Ady Tajuddin. Beliau merupakan seorang Bekas Pengurus Bank tempatan dan telah mengambil langkah berhenti dari bidang perbankan kerana  yakin dan fokus dalam bidang pelancongan yang di anggap mampu menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan, buktinya beliau telah berjaya mendapatkan 480 orang pelanggan dalam masa kurang 2 bulan.